
Journal · 16 August 2026 · 1 min read
Gambar Paling Best Selalunya Tak Perlu Konteks: Memori Nikah Aqilah & Nabil
Pernah tak korang tengok sekeping gambar, lepas tu terus tersenyum sendiri walaupun korang tak tahu apa sebenarnya yang dorang tengah borakkan? Bak kata orang putih, "Best photos often do not have a context."
Pernah tak korang tengok sekeping gambar, lepas tu terus tersenyum sendiri walaupun korang tak tahu apa sebenarnya yang dorang tengah borakkan? Bak kata orang putih, "Best photos often do not have a context."
Kadang-kadang, momen 'candid' yang tak dirancang, gelak tawa spontan, dengan pandangan mata yang jujur tu lah yang buatkan sekeping gambar jadi sangat bermakna. Inilah vibe yang kitorang rasa masa shoot majlis nikah klien kitorang yang gorgeous dan segak ni, Aqilah dan Nabil.
Siapa Kata Lepas Kahwin Kawan Mula Jauh?
Selalu orang cakap, lepas je kahwin, confirm kawan-kawan rapat akan mula menjauh sebab keutamaan dah berbeza. Tapi, melalui lensa Sweetpictures masa hari bahagia Aqilah dan Nabil, kitorang nampak perkara yang sebaliknya!
Tengok jelah gambar-gambar kitorang,

nampak jelas kebahagiaan bila dikelilingi besties yang dah ada bersama sejak zaman bujang lagi. Gelak sakan Aqilah dengan bridesmaids dia yang pakai baju sedondon warna kuning lembut tu memang bukti yang kawan-kawan sentiasa ada untuk raikan fasa baru ni sama-sama.
Nabil pun apa kurangnya! Support system dia, iaitu barisan groomsmen yang segak berbaju Melayu hitam, buatkan suasana jadi lagi meriah dan secara tak langsung kurangkan 'nervous' pengantin.

Perkahwinan ni sebenarnya bukan titik penamat untuk persahabatan. Sebaliknya, ini chapter baru di mana kawan-kawan korang turut sama celebrate pasangan hidup korang. Bak kata pepatah, kawan yang baik ni macam keluarga yang kita pilih sendiri.
Team Awesome Di Sebalik Tabir Aqilah & Nabil
Majlis yang cantik macam ni pastinya tak lengkap tanpa sentuhan magis dari vendor-vendor lokal kita yang berbakat besar. Jom tengok siapa yang merealisasikan hari impian Aqilah dan Nabil:
👗 Busana Pengantin: @hs.bright
🌸 Pelamin & Dekorasi: @pelamin.kl
💄 Solekan (MUA): @beaubyfarah
💐 Hand Bouquet: @nzfloral
🌿 Ukiran Inai: @nabellakry.henna
Venue: Alam Maya, Kajang
Terima kasih daun keladi buat Aqilah dan Nabil sebab sudi percayakan team Sweetpictures untuk capture momen paling bersejarah korang. Kitorang mendoakan semoga masjid yang dibina kekal bahagia sampai ke syurga, dan persahabatan korang dengan kawan-kawan sentiasa on point selamanya!
amin...
Team Sweetpictures
























